Saturday, August 28, 2010

RESEPI #9: Biskut Milo Cornflakes


Haha... sempena nak raya nie, kena la buat kuih raya... Since ni 1st time rayer as menantu some1, terpaksa lah blajar buat kuih raya sndiri... huhuhu...

1st try - fail...
2nd try - nice~~~ (setelah di-modify resepi nyer... hehhe)

Btw, let's look at the modified recipe....



BAHAN-BAHAN
  • 150gm mentega
  • 75gm gula aising
  • 135gm tepung gandum
  • 45gm tepung jagung
  • 30gm cornflakes (dihancurkan)
  • 120gm serbuk Milo
  • 1 titik esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Coklat cip (untuk hiasan)

CARA MEMASAK

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, diikuti dengan esen vanila
  2. Kemudian campurkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes
  3. Selepas itu masukkan serbuk milo digaul bersama dengan adunan tepung tadi
  4. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh.
  5. Bentukkan adunan mengikut kesukaan sendiri
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 180'C
  7. Siap..... :)

1 comment:

Mud-Pie said...

Thank you for sharing your recipe..I did it once and people's loves it..my family and friends all give a good feedback.. Ive been trying and searching this recipe for a long time but never get a good one.. This cookies its t..