Sunday, January 9, 2011

Cream Puff


Tengok member buat cream puff, tetiber teraser nak makan gak... per lagi... surf internet, cari resepi, tengok bahan aper yg ada kt dapur.... & start memasak... 1st try.. ruper hodoh sebab takder piping bag... raser: not bad la... hehehe

Resepi Cream Puff dari MyResipi.com (Yani)

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1 Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2 Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3 Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4 Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5 Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6 Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7 Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8 Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9 Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
_________________________________________________________________
Resepi Custard Cream dari MyResipi (Honey)


Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.


Saturday, August 28, 2010

RESEPI #9: Biskut Milo Cornflakes


Haha... sempena nak raya nie, kena la buat kuih raya... Since ni 1st time rayer as menantu some1, terpaksa lah blajar buat kuih raya sndiri... huhuhu...

1st try - fail...
2nd try - nice~~~ (setelah di-modify resepi nyer... hehhe)

Btw, let's look at the modified recipe....



BAHAN-BAHAN
  • 150gm mentega
  • 75gm gula aising
  • 135gm tepung gandum
  • 45gm tepung jagung
  • 30gm cornflakes (dihancurkan)
  • 120gm serbuk Milo
  • 1 titik esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Coklat cip (untuk hiasan)

CARA MEMASAK

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, diikuti dengan esen vanila
  2. Kemudian campurkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes
  3. Selepas itu masukkan serbuk milo digaul bersama dengan adunan tepung tadi
  4. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh.
  5. Bentukkan adunan mengikut kesukaan sendiri
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 180'C
  7. Siap..... :)

Sunday, July 11, 2010

RESEPI #8: Sambal Cili Api Tempe dengan Ikan Pari Masin

Arini cuti... tetiber perut ni teringin nak makan bubur... sekali-sekala makan bubur instead of nasi pun, ok gak per :D

Pastu, terpikir plak "nak makan bubur dengan aper yerk?"... Ting!!! Sambal cili api tempe dengan gesek pari ('gesek' = ikan masin dalam bahasa jowo... hehe)... Huhu, giler dah lamer x makan lauk ni... buat pedas2... Wow!!! memang meleleh la.... aish....

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus tempe (dipotong nipis-nipis)
  • 1 keping ikan masin pari (dipotong sederhana)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air
  • Bahan-bahan untuk dikisar:
    • 15 batang cili api (bolehla dikurangkan kalau takut pedas sgt... hehe :D)
    • 1 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • Sedikit belacan
    • Sedikit ikan bilis


CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaul sehingga lada masak
  2. Masukkan 1 sudu gula pasir dan teruskan menumis
  3. Masukkan sedikit sos tiram, asam keping, tempe dan ikan masin pari dan terukan menumis.
  4. Masukkan garam dan bolehlah cuba merasa
  5. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga air agak sedikit kering dan ikan masin pari tadi masak.
  6. OK, bolehla merasa sekali lagi dan sedia untuk dihidang :)

SIAP!!! Senang Je!!!

RESEPI #7: Popia Sayur Goreng


Hi all,
2 bulan lagi dah nak dekat Ramadhan... tetiba teringat resepi Popia nih... FYI, saya memang kurang sket ilmu dalam buat2 kuih ni... termasuklah popia sayur goreng ni...

However, Ramadhan 2 tahun lepas, ada try buat my own 1st popia sayur goreng... bagi la sket pada jiran sebelah... tak sangka dia kata "Sedapla.. beli kat mana? Ada lagi tak???" Ahaks... bangga nyer... :D

So, let's check out my popia... maner la tau kalau jiran2 anda nak merasa... hehhe

BAHAN-BAHAN A

  • 1 paket kulit popia kecil
  • 1 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 2 genggam taugeh
  • 2 biji tauhu putih (digoreng dan dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Tepung gandum @ putih telur (untuk melekatkan kulit popia)

BAHAN-BAHAN B

  • 10 batang Cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit cuka makan
  • Garam
  • Gula


CARA-CARA MEMASAK

Inti popia

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sebentar sehingga lobak menjadi lembut
  3. Masukkan tauhu dan taugeh.
  4. Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa. Gaul sebentar dan mulalah merasa.
  5. Gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehla diangkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.
  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan tepung @ putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.
  7. Popia sudah sedia untuk digoreng :D

Sos

  1. Kisarkan cili merah dan bawang putih
  2. Panaskan periuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan
  3. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa
  4. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka untuk menambah rasa masam.
  5. Mulalah merasa... ready to serve :)

RESEPI #6: Tofu Kukus Sos Tiram

Assalamualaikum....

Lama dah tak tulis anything in this...sorry for the busy schedule...

Tetiber... teringat pasal resepi ni... dah lama giler tak buat Tofu Kukus Sos Tiram... seriously, senang jer nak buat lauk ni... the most easiest, I think.. aper2 pun... check it out!!!! :)

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping tofu telur
  • 1 biji bawang besar (dilayang kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dilayang halus)
  • 2 ulas lada merah (dipotong-potong halus)
  • Sedikit halia (dilayang halus)
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air

CARA MEMASAK

  1. Sediakan alatan & sedikit air untuk mengukus
  2. Sediakan pinggan lauk yang bersih.
  3. Masukkan tofu yang telah dibersihkan ke dalam pinggan. Potong kecil-kecil jika suka.
  4. Taburkan bawang besar dan bawang putih yang telah dilayang ke dalam pinggan berisi tofu tadi
  5. Taburkan juga lada merah dan halia yang telah dipotong-potong halus ke dalam pinggan.
  6. Masukkan lebih kurang 1 sudu besar sos tiram
  7. Tambahkan sedikit air
  8. Last sekali, masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan pinggan berisi tofu dan bahan-bahan tadi ke dalam alatan kukusan dan kukus lebih kurang 5 - 10 minit.
  10. Boleh merasa & SIAP UNTUK DIHIDANG... bolehla makan :)

P/S: Boleh dimakan dengan lauk Ayam Goreng Berlada... nice~~~

RESIPI #5: Asam Pedas Ikan Pari

Hmm...

Currently I'm in the office... Tapi dok terbayang-bayangkan lauk asam pedas ikan pari... my fav dish... kalau jumpa ni, tapi x makan... mmg rugi...

Same goes with my siblings... bila balik kampung, nampak mak masak lauk ni, confirm perut yang kenyang boleh jadi '0' semula... Asam pedas punya pasal...

Oklah... enough with the talkings... Jom memasak!!!

BAHAN-BAHAN

  • Ikan pari yang telah dibersihkan dan dipotong
  • 2 helai daun kesum
  • 10 batang bendi
  • Bahan-bahan kisar:
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 10 batang lada kering (direbus & ditoskan)
    • Sedikit belacan
    • 1 ulas halia
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Tumiskan bahan sehingga lada menjadi garing (bertukar warna ke merah gelap & pecah minyak.)
  3. Masukkan sedikit gula dan tumis.
  4. Masukkan 2 helai daun kesum dan tumis sehingga naik bau
  5. Masukkan ikan pari dan air asam jawa
  6. Tambahkan air lagi untuk kuah
  7. Masukkan garam dan teruskan menumis sehingga mendidih
  8. Akhir sekali, masukkan bendi dan biar sebentar sehingga bendi itu masak
  9. Mulalah merasa... kalau OK, boleh la dihidang :)

RESIPI #4: Makaroni Goreng

Hi all,

Tetiber, teringin nak makan makaroni goreng... Apa yang ada dalam peti ais ek??? Ada telur, makaroni, fish cake, cili boh... ok la tuh... cukupla nak buat makaroni goreng sempoi!!! hehhe...

Happy trying!!!

BAHAN-BAHAN

  • Makaroni (yang telah direbus)
  • Bahan-bahan kisar
    • 1 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 batang fish cake (yang telah dipotong-potong nipis)
  • 2 sudu cili boh @ giling
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air


CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumiskan sehingga warna kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan 2 sudu besar cili boh. Tumis sehingga lada masak.
  4. Masukkan sedikit gula untuk membantu memasak lada
  5. Masukkan sedikit air
  6. Masukkan sedikit kicap manis dan teruskan menumis
  7. Masukkan fish cake yang telah dipotong dan 1 biji telur. Tumis sehingga semua bahan masak
  8. Tambahkan garam secukup rasa
  9. Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati
  10. Boleh la mula merasa dan tambah apa-apa yang kurang
  11. SIAP!!!